...

14 Ogos 2011- Kuliah Subuh, Surau Desaria,Huraian Surah Al-Hajj

Friday, September 7, 2012

Peringatan Terbaik


Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita, kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan. Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.
Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan, kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH.
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!
Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
"Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan."
Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.
Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.
Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, carilah apakah "kebijaksanaan" itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut, katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.
Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.
Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya... syurga!

Sunday, September 18, 2011

di rumah Cikgu Faizal Seremban

03 Jun 2009
Singgah rumah kawan ayah. Kg Panchor Seremban
Port Dickson,

Pesan untuk anak-anak ayah

Seperti kakaknya yang kedua, (Hafiezhah Syazwiena Al-Mar'ieyyah) dilahirkan ke dunia lewat pembedahan. Saiznya 3.8 kg lebih besar dari kakaknya. Tanggal 16 September 2011 ketika semua orang sedang bercuti menyambut hari Penubuhan Malaysia.

Belum buka mata lagi untuk melihat dunia...

Hielmieyah Ainuol Mardhieah.
Lembut/sopan Bidadari tercantik di syurga untuk para syuhada

Yang ni dah buka matanya...

Baru melihat beberapa orang dan beberapa sisi dinding dalam wad 8B kamar 21 Hospital Serdang. Belum melangkah jauh ke dunia luar.

Pesan Untuk Anak-anak Ayah

Anak-anakku..
kita dilahirkan sebagai hamba Allah,
ada tugas dan peranan kita di sini,
hidup disini tak lama,
hanya beberapa puluh tahun sahaja,
disini bukan tempat senang,
penuh ujian, cobaan dan pelbagai dugaan,
disana jualah tempat kembali kita,
penuh kesenangan dan kasih sayang.

ombak kesusahan akan datang dan datang tanpa hentinya
sehinggalah kita kembali kepada Allah..
macam-macam cabaran...yang terkadang tak pernah terlintas di fikiranmu..

Pastikan tugasmu akan kau laksanakan nanti
sebagai Hamba Allah
Apa yang di ajar Tuhan lewat Qur'an dan Sunnah
kau ikutilah dengan sebaiknya,
walaupun pelbagai rintangan dan bertentangan dengan  manusia biasa,

kerana mereka orang biasa,
kita ingin jadi bukan orang biasa,
tapi orang yang ada dalam kuata luar biasa
ya... luar biasa....
yang hanya ada1 orang dalam seribu..
ya...1 orang...itulah yang pernah disebutkan oleh Nabi kita
Nabi Muhammad SAW.

sebagai ahli syurga.....
jadi....kerja kita melebihi dari orang biasa,
amalan ibadah kita melebihi sedikit dari orang biasa
ilmu kita mesti lebih dari orang biasa...
iman kita mesti tak sama dengan orang biasa...
apalagi tingkah laku dan segala tutur kata kita.

Kiranya semua ini dapat kau laksanakan,
kelak Allah akan berikan ganjaran yang terindah buatmu
syurga sebagai balasan, hadiah tanda redhaNya
yang tak pernah dilihat manusia,
tak pernah terlintas difikiran makhlukNya,

Didalam nya kita hidup selamanya..
tanpa mauqif lagi....
tiada merasa puas... tiada merasa jemu...
bersama Nabi-nabi, siddiqin, syuhada, guru-guru kita yang kita sayangi
yang telah membawa kita semua ke jalan kebenaran
jalan berdamping dengan Allah.

Sebelum kita berdamping dengan mereka di akhirat..
berdampinglah dahulu dengan mereka di dunia
dekatkan diri dengan Allah dan Rasul
lewat Solat, Doa, Dzikir dan Selawat.

Saturday, August 14, 2010

Sisi luar rumah kami


Menghala ke luar

 Bang Gafur




Thursday, July 22, 2010

Sunday, June 6, 2010


Adik Hafiezhah
Posted by Picasa

Sunday, February 22, 2009

Thursday, January 8, 2009

kakak ke Melaka raya haji 2008


Ni dio Gambarnya Yahoo Mesengger



Saturday, January 3, 2009

Tuesday, December 23, 2008

Wednesday, October 29, 2008

Monday, October 6, 2008

Sunday, October 5, 2008

YDP KRT dan PKPD Taman Desaria